Wednesday, 30 June 2010


Today, my post will be in Malay language since it is the month of language.It's going to be a little awkward since i've not been typing in Malay for a very long time.Here we go ~ ~ ~

Alhamdulillah peperiksaan sudah pun berlalu.Aku sudah cuba melakukan yang terbaik.Maka itu, baik buruknya aku serahkan kepada yang berkuasa.Setelah penat mentelaah dan mengulangkaji pelajaran, kami diberikan cuti selama 3 minggu.
Cuti penggal kali ini, aku bakal meninggalkan Singapura buat seketika (:
Kecil tapak tangan , nyiru aku tadahkan apabila ayah ingin mengajak kami sekeluarga bercuti.
Usah ditanya ke mana aku akan menghilang diri.
Yang pasti, laut dan pantai akan menjadi destinasi kami sekeluarga.

Andai diberi peluang, aku ingin menjelajah dunia.Namun, hasratku terhalang.Keselamatan, umur dan jantina  menjadi faktor pada hasrat yang belum mampu tercapai.Disebabkan hal ini, aku ingin sekali menjadi seorang Pramugari.Selain berpeluang untuk melihat dunia dan merentasi awan biru, aku ingin sekali berbakti pada negara mengikut caraku sendiri.Walaupun pilihan aku dipandang serong oleh teman sekolah hanya kerana ketinggianku tidak mencukupi, aku masih ingin meneruskan cita-cita ku.Ada kalanya, aku hampir berputus asa kerana kriterianya yang begitu ketat.Tanpa diduga, aku telah dihadiahkan sebuah buku 'Memo of the Stewardess' daripada guru sekolah ku suatu masa yang lalu.Kerana sokongan yang diberikan, aku cuba untuk tidak menghampakan beliau.Guruku adalah kekuatanku.

Salam sayang, Haini Shaffed








 photo 5080b8e8-3629-4c4c-a8b7-0f5134e1c7b4.jpg

Haini Honeyy

I bring you into my life, an interesting one

Twitter| Facebook|













Designer: sutup-dummies